Sabtu, 5 Oktober 2013

Wanita dunia lebih utama dari bidadari syurga :)

Allah SWT telah memberikan sifat-sifat yang terindah kepada bidadari-bidadari syurga. Mereka diberi pakaian yang paling bagus dan sesiapapun yang membincangkan diri mereka pasti akan digelitik kerinduan kepada mereka, seakan-akan dia sudah melihat secara langsung bidadari-bidadari itu.

Al-Thabrani menyebutkan, kami diberitahu Bakr bin Sahl al-Dimyathi, kami diberitahu Amru bin Hasyim al-Biruni, kami diberitahu Sulaiman bin Abu Karimah, dari Hisyam bin Radhiyallahu Anha, dia berkata, “Saya berkata, ‘Wahai Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli.”
Beliau s.a.w menjawab, “Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar.”

Saya berkata lagi, “Jelaskan kepadaku tentang firman Allah, ‘Laksana mutiara yang tersimpan baik.” (al-Waqi’ah:23)

Belaiu menjawab, “Kejernihannya sepertimana kejernihan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.”
Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah. Jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Di dlam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik’.” (al-Rahman:70)

Beliau s.a.w menjawab, “Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jelita.”
Saya berkata lagi, “Jelaskan kepadaku firman Allah, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (al-Shaffat:49)

Beliau menjawab,” Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bahagian dalam telur dan terlindung kulit telur bahagian telur, atau yang biasa disebut putih telur.”
Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (al-Waqi’ah:37)

Beliau menjawab, “Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal di dunia pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tua, lalu Dia menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, berghairah, mengasihi dan umurnya sebaya.”

Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama,wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”
Beliau menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang Nampak daripada apa yang tidak nampak.”
Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”
Belaiu s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.”

Saya berkata, “Wahai Rasulullah, salah seorang wanita di antara kami pernah menikah dengan dua,tiga atau empat lelaki lalu dia meninggal dunia. Dia masuk syurga dan mereka pun masuk syurga pula. Siapakah di antara lelaki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?”
Beliau menjawab, “Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu diapun memilih siapa diantara mereka yang akhlaknya paling bagus, lalu dia berkata, ‘Wahai Rabb ku, sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik akhlaknya tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka nikahkanlah aku dengannya’. Wahai Ummu Salamah, akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan, duniadan akhirat.”
Pengarang (Ibnu Qayyim al-Jauziah) menyebut hadis ini di dalam bukunya Had al-Arwah. Di sana dia memberi catatan: Sulaiman bin Abu Karamah menyendiri dalam riwayat ini. Abu Hatim menganggapnya dha’if. Menurut Ibnu Ady, sebahagian besar hadis-hadisnya adalah mungkar dan saya tidak melihat orang-orang terdahulu membincangkannya. Kemudian dia menyebutkan hadis ini dari jalannya, seraya berkata, “Hanya sanad inilah yang diketahui.”

–Petikan daripada Panduan BERCINTA dan memendam rindu karangan Ibnu Qayyim al-Jauziah dalam Bab 19 Keutamaan keindahan dan kecenderungan jiwa menyukai kecantikan–

Doa wanita yang mamnu' beribadah~~~


Riwayat Daripada Saiyidina Aishah R.A.
diambil daripada kitab yang bernama
Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Jsrar
dikarang oleh Osman Bin Hasan Ahmad
As Sakiril Khubuwi

"Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid
melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang
telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia
membaca doa (dibawah) pada hari yang pertama yakni:


(maksudnya)

Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku
memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.

Maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka
dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman
daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala
baginya dengan tiap satu hari dan satu malam
akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala
adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala
di dalam masa haidnya.

doa untuk waita yang mamnu' beribadah..


smg kte smua mngamalknnnye..slmt beribadah.. ;)

~ Amalan Menjadi Wanita Solehah ~

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.

Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.

Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.

Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!

Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2 menjadi wanita solehah..InsyaAllah.
smg kita semua terdidik mnjdi wanita solehah yg bakal menghuni di pintu2 syurga kelak..ameen.. :)

Jumaat, 4 Oktober 2013

Aku di Bumi Garuda..

Bermula menjejak kaki di bumi garuda..
pelbagai andaian yg brmain dikotak fikiran..
mengahrungi dugaan bermacam rintagan..
ku tabah dh gagah melaluinya..

Bersama teman-teman...
mencari setitis ilmu...
bekal keinginan cekal di dada..
aku belajar erti mandiri di bumi org..

Besok tak kan sama seperti semalam..
berjalan bergulir melintasi bintang-bintang..
keyakinan mencungkil kekuatan..
agar diri tetap utuh segak dihdpn..


My Biography

First of all introducing my self and lil bit story about my name :


Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam yang mulia berdiri di puncak bukit Uhud dan memandang musuh yang merangsek maju mengarah pada dirinya. Beliau memandang ke sebelah kanan dan tampak olehnya seorang perempuan mengayun-ayunkan pedangnya dengan gagah perkasa melindungi dirinya. Beliau memandang ke kiri dan sekali lagi beliau melihat wanita tersebut melakukan hal yang sama – menghadang bahaya demi melindungi sang pemimpin orang-orang beriman.
Kata Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam kemudian, “Tidaklah aku melihat ke kanan dan ke kiri pada pertempuran Uhud kecuali aku melihat Nusaibah binti Ka’ab berperang membelaku.”Memang Nusaibah binti Ka’ab Ansyariyah demikian cinta dan setianya kepada Rasulullah sehingga begitu melihat junjungannya itu terancam bahaya, dia maju mengibas-ngibaskan pedangnya dengan perkasa sehingga dikenal dengan sebutan Ummu Umarah, adalah pahlawan wanita Islam yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi Islam termasuk ikut dalam perang Yamamah di bawah pimpinan Panglima Khalid bin Walid sampai terpotong tangannya. Ummu Umarah juga bersama Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam dalam menunaikan Baitur Ridhwan, yaitu suatu janji setia untuk sanggup mati syahid di jalan Allah.
Nusaibah adalah satu dari dua perempuan yang bergabung dengan 70 orang lelaki Ansar yang berbaiat kepada Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam. Dalam baiat Aqabah yang kedua itu ia ditemani suaminya Zaid bin Ahsim dan dua orang puteranya: Hubaib dan Abdullah. Wanita yang seorang lagi adalah saudara Nusaibah sendiri. Pada saat baiat itu Rasulullah menasihati mereka, “Jangan mengalirkan darah denga sia-sia.”
Dalam perang Uhud, Nusaibah membawa tempat air dan mengikuti suami serta kedua orang anaknya ke medan perang. Pada saat itu Nusaibah menyaksikan betapa pasukan Muslimin mulai kocar-kacir dan musuh merangsek maju sementara Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam berdiri tanpa perisai. Seorang Muslim berlari mundur sambil membawa perisainya, maka Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam berseru kepadanya, “berikan perisaimu kepada yang berperang.” Lelaki itu melemparkan perisainya yang lalu dipungut oleh Nusaibah untuk melindungi Nabi.
Ummu Umarah sendiri menuturkan pengalamannya pada Perang Uhud, sebagaimana berikut: “…saya pergi ke Uhud dan melihat apa yang dilakukan orang. Pada waktu itu saya membawa tempat air. Kemudian saya sampai kepada Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam yang berada di tengah-tengah para sahabat. Ketika kaum muslimin mengalami kekalahan, saya melindungi Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam, kemudian ikut serta di dalam medan pertempuran. Saya berusaha melindungi Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam dengan pedang, saya juga menggunakan panah sehingga akhirnya saya terluka.”
Ketika ditanya tentang 12 luka ditubuhnya, Nusaibah menjawab, “Ibnu Qumaiah datang ingin menyerang Rasulullah ketika para sahabat sedang meninggalkan baginda. Lalu (Ibnu Qumaiah) berkata, ‘mana Muhammad? Aku tidak akan selamat selagi dia masih hidup.’ Lalu Mushab bin Umair dengan beberapa orang sahabat termasuk saya menghadapinya. Kemudian Ibny Qumaiah memukulku.”
Rasulullah juga melihat luka di belakang telinga Nusaibah, lalu berseru kepada anaknya, “Ibumu, ibumu…balutlah lukanya! Ya Allah, jadikanlah mereka sahabatku di surge!” Mendengar itu, Nusaibah berkata kepada anaknya, “Aku tidak perduli lagi apa yang menimpaku di dunia ini.”
Subhanallah, sungguh setianya beliau kepada baginda Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam.

My name is : Nusaibah binti Khairuddin  :)